Jumaat, 28 Ogos 2009

Sabar Atas Kematian Insan Tersayang....

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”


1. Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi, menjadi kecil pada dirinya.
2. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
3. Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Betul kn??

Perkataan yg indah adlh ALLAH
Lagu yg merdu adlh ADZAN
Media yg terbaik adlh AL QURAN
Senam yg sehat adlh SHALAT
Diet yg sempurna adlh PUASA
Kebersihan yg menyegarkan adlh WUDHU
Perjalanan yg indah adlh HAJI
Khayalan yg baik adlh ingat akan DOSA&TAUBAT

Seandainya...

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..

ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………

Renung2kan..

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

**************************************************************************************

Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi
rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Ramadhan....

May this Ramadhan month...
Brings us happiness...
Strengthens our Imaan...
Erases our sins and...
Purifies our heart…
Ramadan Mubarak

May Allah be with us in every step you take,
May Allah guides us with each decision you make,
May Allah helps us when life gets rough,
May Allah lifts us when you've had enough,
May Allah protects us when we fall,
May Allah hears our when we call,
May all your prayers be accepted,
May we always be in Allah loving’s hands.
Ramadan Mubarak

May Allah showers His blessings upon us....
May Angels protect you in all that we do....
May Jannah becomes our one true goal and....
May Allah has mercy on our sweet soul....
Ramadan Mubarak....

Rabu, 19 Ogos 2009

Cairan Yang Membatalkan Wudhu’

Diriwayatkan dari Ali r.a:” Aku sering keluar mazdzdza (cairan yang keluar dari kemaluan bukan dengan sebab melakukan hubungan seksual) maka aku meminta Miqdad menanyakannya kepada Nabi SAW. Miqdad pun menanyakannya dan Nabi SAW menjawab;’ Cukuplah berwudhu’.”

(al-Bukhari)



Huraian
Ada berbagai jenis air yang keluar dari kemaluan manusia seperti air kencing, mani, mazi dan sebagainya. Mazi adalah cecair berwarna jernih kekuningan yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan secara tidak sedar. Keluarnya mungkin kerana naluri syahwat atau ghairah dan biasanya wanita lebih sering mengalaminya. Mazi menurut kesepakatan para ulama adalah najis yang mesti disucikan dari badan, pakaian serta boleh membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan seseorang itu mandi junub.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Bismillah...hmmm

Allah memerintah malaikat mencatat amal manusia yang membaca Bismillah…sebanyak 400 kebaikan. Membaca 21 kali ketika hendak tidur, akan aman daripada syaitran, kecurian, maut mendadak dan bala. Membaca ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang cerdas, terbuka hatinya, serta menjadi anak yang salih dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu. Membaca 41 kali ke telinga orang pengsan, boleh memulihkannnya segera. Membaca 313 kali dan salawat atas Nabi 100 kali pada hari Ahad pada saat matahari terbit dengan menghadap kiblat akan mendapat rezeki tidak terduga. Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air lalu diminumkan kepada orang yang bebal selama tujuh hari pada saat matahari terbit akan lenyaplah kebebalannya. Membaca 50 kali di hadapan orang zalim, akan tunduk atau takutlah orang zalim itu. Menulis 61 kali kalimat dengan huruf Arab di atas kertas putih, lalu disisipkan ke perut perempuan hamil, Insya Allah hidup anak yang dikandung itu. Membaca 786 kali di hadapan dagangan lalu dihembuskan selama tujuh hari, Insya Allah maju dagangannya (perniagaannya).

Rabu, 12 Ogos 2009

Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban....

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Iman Kita....

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan dan melakukan dengan anggota badan. Orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal dengan apa yang diimaninya. Firman Allah SWT yang maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap diri mu sendiri ataupun ibu bapa dan kerabat mu." (An-Nisa: 135) Keunggulan orang yang memiliki keimanan yang teguh di hatinya tampak dalam setiap perkara yang dilakukannya dan setiap perkataan yang diucapkannya. Tanpa ragu dan gentar dia tetap dengan keimanannya itu jauh sekali untuk malu dan takut terhadap musuh.