kisah hidupku akan ku catat di sini... semoga aku menjadi hambaMu yang soleh agar aku sentiasa mendapat segala kebaikan,berkat dan rahmat dariNya di dunia dan di akhirat...
Sabtu, 11 Julai 2009
Dahulukan.......
Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah SAW apabila memakai sepatu (kasut /selipar), baginda mendahulukan kaki kanan sebelum kaki kiri dan apabila menyisir rambut baginda menyisir belahan kanan sebelum belahan kiri demikian juga apabila berwudhu’ baginda mendahulukan anggota kanan sebelum anggota kiri. Semua ini adalah sebagai sempena yang baik sebagaimana yang disebutkan dengan istilah ashabul Yamin (golongan kanan) sebagai penghuni syurga. Demikianlah sepatutnya kita mulakan yang kanan bagi segala perkara yang baik dan mulia dan memulakan dengan yang kiri bagi perkara yang sebaliknya seperti memasuki tandas, keluar dari masjid, membuka baju dan sebagainya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan