Sabtu, 11 Julai 2009

Jangan lupa...

Rasulullah SAW menegaskan seandainya tidak menyusahkan umatnya nescaya baginda mewajibkan setiap daripada kita bersugi pada tiap-tiap kali hendak bersolat. Namun apabila baginda memikirkan kesukaran pelaksanaannya maka hukumnya sekadar menjadi sunat. Antara hikmah bersugi ialah supaya kita berada dalam keadaan sempurna dan bersih sebelum mengerjakan ibadat kepada Allah SWT. Iman an-Nawawi menyatakan bahawa kita digalakkan bersugi dalam lima waktu iaitu :
i) Ketika hendak bersolat
ii) Ketika berwudhu’.
iii) Ketika hendak membaca al-Quran
iv) Ketika bangun daripada tidur
v) Ketika berubah bau mulut disebabkan tidak makan dan minum atau kerana memakan sesuatu yang berbau busuk seperti petai, jering dan sebagainya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan