kisah hidupku akan ku catat di sini... semoga aku menjadi hambaMu yang soleh agar aku sentiasa mendapat segala kebaikan,berkat dan rahmat dariNya di dunia dan di akhirat...
Rabu, 22 Julai 2009
Wajib Mandi Sekalipun Hanya Kerana Bermimpi ..
Bentuk mimpi yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib ialah mimpi melakukan persetubuhan yang menyebabkan seseorang itu keluar mani. Kesan keluar mani ini jelas kelihatan pada kain atau apa sahaja yang dipakai sewaktu tidur. Air ini pula keluar secara memancut, baunya seperti bahagian yang berwarna putih pada telur ayam yang sudah direbus menyebabkan rasa sengal-sengal pada bahagian lutut dan disertai dengan rasa lazat. Jika terdapat tanda-tanda ini, jelaslah ia adalah sifat-sifat air mani lelaki. Begitulah yang disebut di dalam Kitab as-Siraj Al-Wahhaj karangan Syeikh al-Ghamrawi salah seorang ulama mazhab Syafi’e. Ini bermakna jika seseorang bermimpi melakukan persetubuhan dengan seseorang perempuan tetapi apabila bangun dari tidurnya tidak didapati sebarang kesan air mani pada pakaian yang dipakainya semasa tidur, tidak wajib ke atasnya mandi junub. Berbeza jika seseorang itu bangun dari tidur tiba-tiba di dapati kesan air mani pada pakaian yang dipakainya, padahal pada malamnya ia tidak bermimpi dan kebetulan tidak ada orang lain di dalam biliknya itu selain ia seorang saja yang tidur di situ, maka air mani itu adalah kepunyaannya, kerana masa tidur adalah masa seseorang tidak sedarkan diri dan tidak menyedari apa yang berlaku ke atas dirinya. Sehubungan dengan itu ia dikehendaki mandi junub.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan